Garret Hobart
Garret Hobart

Garret Hobart

Garret Augustus Hobart (lahir 3 Jun 1844 - 21 November 1899) ialah Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-24 dari tahun 1897 sehingga kematiannya pada bulan November 1899 di bawah pemerintahan Presiden William McKinley. Selepas bercuti dengan keluarga Presiden McKinley di Lake Champlain, Hobart kembali ke Paterson pada bulan September. Pada 1 November 1899, kerajaan mengumumkan bahawa Hobart tidak akan kembali kepada kehidupan awam. Kesihatannya merosot dengan pantas dan beliau meninggal dunia pada 21 November 1899 pada usia 55. Beliau merupakan Naib Presiden yang ke-6 untuk meninggal dunia semasa perkhidmatan.